HARI GURU 2012

Hari ni , ialah HARI GURU .. Jelas terpancar kegembiraan di wajah cikgu pada hari ni .. Banyak aktiviti yang diadakan .. Khas untuk GURU .. Tetapi, siapa guru ?Guru ialah seorang yang sentiasa menyampaikan ilmu dan membimbing murid dan anak didiknya juga .. HARI GURU diadakan untuk menghargai jasa guru yang telah banyak berkorban untuk anak didiknyaa .. Guru ialah seorang insan yang tidak pernah tahu maksud PENAT LELAH demi untuk mencurahkan ilmu yang ada padanya untuk anak didiknyaa .. Siapalah kita tanpa guru .. Pertanyaan jelas terpahat di dalam diriku, ADAKAH AKU MENGHARGAI APA YANG DIAJAR OLEH GURU ? ADAKAH AKU TUMPUKAN PERHATIAN SEMASA GURU MENGAJAR ? ADAKAH AKU ? Ya Allah ... Engkau Maha Berkuasa yang menyedarkan aku , siapa  GURU .. Ingin ku sebutkan antara kebaikan guru guru ku ..

1. Cikgu Fadzilah - MT ( GURU KELAS )

-Walaupun murid tahun 6 yang lain tiada kelas tambahan , beliau tetap mengadakan kelas tambahan.
-Walaupun cikgu marah marah , tapi cikgu menyedarkan diriku dan rakan - rakan sekelasku untuk belajar bersungguh - sungguh.
- Mengadakan kelas tambahan di rumah cikgu.
- Paling penting, saya respect arh dekat cikgu sebab walaupun murid kelas 6M bising , cikgu sentiasa sabar untuk mengajar kami .

THANKS :)

2. Cikgu Zalinah - BM

- Bagi buku latihan untuk saya tujuannya supaya saya dapat A BM sebab UBB 2 saya dapat 63 % paling rendah dalam kelas 6M.
- Selalu menceritakan pengalamannya yang boleh dijadikan cerita dalam karangan.
- Sentiasa beri nasihat.
- Cikgu selalu tegur kesalahan kami dalam melakukan latihan .

THANKS :)

3. Teacher Pouziah - BI

- Selalu suruh murid 6M tulis latihan yang dibuat dekat papan . Sekarang , kami BERANI.
- Tolong kami masa makanan basi untuk sambut hari jadi cikgu Fadzilah
- Sentiasa berusaha untuk baiki kesalahan dalam GRAMMAR, VOCABULARY ,  banyak lagi

THANKS :)

4. Cikgu Zainon - SN

- Layanan yang baik masa saya tidur dekat rumah cikgu selama 3 hari 2 malam.
- Cikgu boleh control diri cikgu dan sabar dengan murid yang buat 'derk ' masa cikgu mengajar.
- Sentiasa berusaha tolong kami cari ' PM dan PB' setiap soalan. :)

THANKS :)

5. Cikgu Shamsuddin

- Bagi saya main gitar

6. Teacher Dalina - PSS

- Bersabar dengan karenahku

Banyak lagi pengorbanan yang tidak terlintas dalam fikiranku untuk disebut di sini .. Cikgu , maafkan daku atas semua kesalahanku .. Akan ku perbaiki semuanya .. Terima kasih cikgu .. Atas kesabaran , kebaikan dan banyak lagi ..  Terima kasih untuk segalanya .. Saya harap , cikgu dapat teruskan perjuangan untuk mengajar kami yang kedahagaan ilmu  .. Ya Allah .. tanpa guru , aku tidak mengenal siapa tuhanku .. Murahkan lah rezeki guru  ku , tabahkanlah guru ku untuk mengajarku , dan ampunkanlah dosa dosa guruku .. Amin ..

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU   lOvE h@n@

3 comments:

OTAI SEMPOI said...

belajar rajin2 dik,bagi cikgu dan mak ayah bangga

http://sempoicornerdisini.blogspot.com/

pesanan khas sempoi corner

fbme/zack vangeance

FL blogh0use said...

teringat zaman skolah.

*btw, best lah lagu kat blog ni =))

myediaries said...

Otai Sempoi - Terima kasih banyak banyak kerana bagi semangat dan juga sudi melawat blog saya ..

FL blogh0use - Terima kasih ... Kalau teringat zaman sekolah , jadi cikgu saya :)